Pages

Saturday, November 3, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم 


Sebelum aku memulakan topik yang aku nak kongsikan..aku teringin nak sampaikan satu ayat quran yang bermaksud..

“patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “kami beriman”, sedangkan mereka diuji(dgn sesuatu cubaan)?”


“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”

Al Ankabut 2-3



benarlah Allah yang maha Agung~


kadang2 kita selalu mempersoalkan kenapa aku diuji dengan macam2 dugaan dan ujian seperti hilang ahli keluarga..tensyen dengan kawan2..tensyen dengan masalah study kat university,sekolah etc..


tapi adakah kita pernah terfikir..semua dugaan yang Allah timpakan kpd kita sume ada hikmah.. bukan sengaja Allah nak bagi ujian kepda kita tapi Allah lebih sayangkan kita..Allah mahu kita buktikan kepada Dia bahawa kita ini betul2 beriman kepada Allah..



cuba kita tengok zaman2 sahabat~



apabila aku cuba menghayati kisah2 perjuangan Kekasih Agung Rasulullah SAW dalam memperjuangkan agama sangat2 lah berat..

cuba kita lihat..bagaimna Rasululah SAW amat bersabar dengan karenah2 kaum musyrikin dahulu.. 

paling banyak dugaan diterima adalah di awal2 pjuangan Beliau dalam menyampaikan dakwah.. sehinggakan Beliau dibaling najis di halaman rumah.. dibaling najis sembelihan ketika Beliau tengah sujud kepada Ilahi oleh ‘Aqabah bin Abi Muit.. dibaling batu ketika cuba menyampaikan dakwah di Taif dimana dakwah Beliau di Mekkah ditolak dan ditentang mentah2..dicaci..dihina..diejek dengan pekataan yang………………



tapi…… adakah Rasulullah SAW balas semula apa yang telah mereka lakukan kpd Rasulullah SAW??????...tidak sama sekali..malah Rasulullah SAW doakan mereka yang baik2 kerana mereka tidak mengetahuinya.. 



Bukan Rasulullah saja yang diuji..Sahabat juga kene tempiasnya.. tgoklah sahabat seperti Sumayyah dgn keluarga dia….Bilal bin Rabah..dan sahabat2 yang lain..boleh sahaja mereka menipu kaum musyrikin supaya dapat lepaskan diri..tapi mereka lebih mengutamakn Allah dan RAsul dalam hidup mereka..kalau kita berada di tempat mereka..adakah kita sanggup??...Adakah kita SANGGUP?????



mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka semata2  mahu menegakkan yang Haq dan menghapuskan yang BAtil..hatta seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW



diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab bin A1-’Arat:

 “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?”


 Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:

“Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka,
biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah





kita pasti akan tertanya2..kenapa Allah taknak bagi pertolongan kepada hamba2nya yang mahu tegakkan Islam..apatah lagi dalam kalangan mereka adanya seorang manusia mulia di dunia bernama Muhammad SAW??..tidakkah mereka ini adalah askar2 yang memperjuangkan jalanNya???


tapi….. ini lah jalan dalam menegakkan seruan agama islam.. sedangkan kaum2 terdahulu, mereka juga ditimpa nasib yang sama dalam menyampaikan Agama Allah s.w.t



inilah yang dinamakan mukallaf..mukallaf ertinya mereka dan kita semua memikul tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan amanahNya yang berat dan susah..

berbeza antara taklif dan hamba..kita sebagai hamba takkan berfungsi tanpa taklifi..sudah menjadi adat jika kita menjadi hamba pasti kita kita akan dibebani dengan segala tanggungjawab..



Kalaulah Tuhan mahu..pasti Allah bagi kemenangan kepada kaum muslimin tanpa apa2 perjuangan..tapi inilah fitrah…inilah jalan yang benar…inilah jalan yang perlu kita lalui untuk menegakkan Agama Allah..



bagaimana kita nak tinjukkan perhambaan kita kepada Allah??..maka inilah bukti yang mahu kita tunjukkan kepada Allah..inilah bukti pengorbanan dan kasih sayang kita kepada Allah..inilah bukti kita bertuhankan Allah bukannya nafu..kita tidak mahu di hari Kiamat nanti kita tiada ‘modal’ untuk dibentangkan kepada Allah..apakah kita tidak berasa malu??? Syurga itu mahal dan tidak boleh dibayar melainkan pengorbanan sesuai dengan ‘harga’ Syurga itu sendiri..




tujuan utama Allah menguji kita adalah untuk membezakan kita mukmin yang sejati ataupun hanya berkata “aku beriman” sedangkan dalam hati kita busuk dengan penuh kemunafiqan..ujian ini jualah yang membezakan kita sama ada kita berada dalam Haq atau Batil


bukankah Allah berfirman:



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu

(Surah A1—Zariyat 51:56)


apa guna nya kalau kita dibiarkan mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar di lidah sahaja tanpa dibuktikan dengan dengan sedikit pengorbanan??.....kalau begitu tidak ada bezalah diantara Si Pembenar dengan Si Pendusta..tiada beza lah Mukmin dengan munafiq.. satu cara yang mampu kita tahu sama ada kita benar atau tidak..mukmin atau munafiq hanya dengan jalan ujian yang pahit dan menyakitkan lah yang mampu membezakan kita dengan ‘mereka’..



Allah berfirman:

الم ( 1أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَآُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ( 2وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ(3)



Yang bermaksud:—

“Aliff Laam Mum. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orangyang dusta”.
(Surah A1-’Ankabut 29:1 — 3)





أمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِين( 142

Yang bermaksud:—
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orangorangyang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”.

(Al Imran 3:142)



Sedangkan  para Anbiya pun diazab dengan sebegitu teruk hingga digergaji badan nya demi menyampaikan dakwah..apatah lagi kita sekadar hamba sahaja yang belum tentu ada tiket ke syurga Allah??..



sebab itulah..pejuang2 islam tidak anggap dugaan dan ujian yang mematahkan semangat mereka..bahkan itulah jalan yang mereka idamkan..kita sebenarnya bukan rugi apabila diuji..tapi kita rugi apabila tidak diuji..



Perhatikanlah ayat ini baik—baik:



أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولوَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ 


Yang bermasud:

“Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan tidak didatangkan (diujikan) kamu sebagaimana (diuji) mereka-mereka yang terdahulu dan kamu, mereka ditempuh kesusahan dan
kesulitan, terasa (bumi ini) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama sama Rasul berkata: “Bila lagi pertolongan dan Allah? Rasul berkata: Bahawa sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat.”
(Surah A1-Baqarah 2:214)





...ingatlah..Allah itu lagi dekat dengan kita umpama dekatnya antara 2 jari kita..
Allah uji bukan kerna benci..tapi Allah uji kerna sayang Dia kpda kita..=')

1 comment:

  1. Alhamdulillah... tba2 rase sebak lak bla bace... kdg2 bla pkir, mmg tkut nk kne ujian Allah yg mmpu dtggung...tp, mgkn Allah bg kite ujian sbb kite smkin lalai... nk bg kite igt blik kat Dia... sbb tu, mmg wkt susah bru nk igt Allah...

    ReplyDelete