Pages

Friday, November 30, 2012

semayang turbo


gempak btol title die..hehe

Kali ni bagus kalo dapat ambe share antara bahagian2 solat iaitu solat an Naflu..
ape tuh..solat an Naflu????
النفل = tambah atau lebih tepat dengan istilah solat tambahan selain fardu lah senang cita..
part petame~
kita akan pergi lebih details..or dalam my lughowi nya بالتفاصيل”..ماشي??..

ok..yg ni bahagian diamana TIDAK disunatkan Jemaah..
TIDAK disunatkan Jemaah plak ade dua bahagian..*byk nye bhgian =.=*

1)TIDAK DISUNATKAN JEMAAH TETAPI DITUNTUT
*senang kira sunat rawatib laa~*
  • -2 rakaatsebelum subuh
  • -2rakaat sebelum zohor dan selepas
  • -2 rakaat SELEPAS maghrib
  • -2 rakaat SELEPAS isha

hadis yg diriwayatkan oleh bukhari muslim berkata Umar ra yg bermaksud
aku pelihara daripada nabi 10 rakaat:2 rakaat sblum subuh 2 rakaat sebelum dan selepas zohor 2 rakaat selepas magrib dan 2 rakaat selepas isya”

antara solat2 sunat ni..paling kaw kaw nabi tuntut sebelum subuh..perghh…yg ni byak miss..sbb bgun terus amek wuduk blah terus gi masjid..haha>.<

maksud hadis yg diriwayatkan aisyah ra.hu
tidak nabi menunaikan solat yg lebih banyak berbanding solat 2 rakaat sebelum subuh

see??....mmg dituntut habes2 san lah~

haa..skrang ni msuk plak yg x dituntut..tadi dituntut..yg ni tak plak

2)TIDAK DISUNATKAN JEMAAH YG TAK DITUNTUT
  • -tambah 2 rakaat selepas 2 rakaat yg disebut di atas

*tambahan..utk jumaat pulak..dye kira sama je ngn zohor..Cuma LEBIH BAIK dibuat 4 rakaat sebelum dan selepas dgn skali salam..2rakaat ptma dituntut 2rakaat kedua tak dituntut*
maksud hadis dari Abi hurairah
“jika kamu solat jumaat maka solatlah selepasnya 4 rakaat”


  • -4rakaat sebelum zohor
  • -2rakaat sebelum maghrib*solat ni perlu dipercepatkan*
  • -2rakaat sebelum isya*sama dgn qabliah maghrib*

ooraaiit…settle bab tidak disunatkan  Jemaah tuntut/tak tuntut untuk rawatib..skg masuk qisim baru

2)TIDAK DISUNATKAN JEMAAH BUKAN RAWATIB*SELAIN RAWATIB*
yg ni pon satu gak..ade dua bahagian..

  • -tertakluk dgn masa
  • -tak tertakluk dgn masa

i)tertakluk dgn masa
-tahyat masjid

solat ni amat2 lah dituntut sebab hatta kalo khatib tgah baca khutbah pon kne solat..ada dalam satu hadis tu..nabi stop khutbah sebab tgok laki ni msuk msjid trus duduk tanpa solat tahyat masjid..see??..penting..jgan x amik cakne bab2 ni..

info tambahan:
utk solat jumaat..yg sebut tadi kalo tgah khutbah petama..kalo khutbah kedua lagi2 kahtib tengah doa maka duduk jela dan xpyah nak solat..sbb dah luput tntutntan dye utk solat tahyat masjid*ni adalah qaul mazhab syafie*
-solat witir
solat witir ni afdal diakhiri akhir solat malam*qiamullail ikut adat melayu nya*..
maksud hadis riwayat bukahrimuslim..”jadikan lah witir ini dikahir solat kamu di akhir malam
tetapi..kalo takut takmampu bangun go ahead..solat la lpas isya..kalo mampu bgun..buat la akhir malam..ni diriwayatkan oleh  muslim..

pasal bilangan plak..ade pendapat kata makruh dengan satu rakaat..tpi bagi aku..aku cakap harus..berdasarkan dalil ni yg diriwayatkan oleh abu daud
“witir dituntut utk umat islam,sapa suka 5 teruskan,sapa suka 3 teruskan,sapa suka satumaka teruskan”

-qiamullail
ditunaikan selepas tidur dan sebelum masuk waktu subuh bedasrkan dalil surah isra ayat 79
nabi pnah ckap diriwayatkan muslim. Abi hurairah berkata”apa solat yang afdal slepas fardu? Jwa nabi “solat diakhir malam”..
-solat dhuha
solat ni kurang2 2 rakaat..maximum 8 rakaat..*dop rajin*..haha
hadis riwayat muslim dari abu hurairah berkata “nabi wasiatkan aku 3 perkara..puasa3 kali setiap bulan,2rakaat dhuha, dan witir sebelum tidur”
afdhal dilaksanakn ¼ siang..mybe pkul 8.30 am gitu kot~

-solat istikharah..yg nix de huraian lebih..juz ade doa khusus utk solat ni..disebabkan pnjang..malas nak tulis..hehehe..

ii)TAK TERTAKLUK DENGAN MASA
-yg ni spesel nya..korang solat la bila2 pon..asalkan jgan waktu yg dilarang sudah(slps sbuh,tgah hari dan selepas asar)
berdasarkan hadis riwayat ibn majah abi Zar berkata “ solatlah tidakkira bila dan masa banyak atau sikit”

wallahualam

sumber rujukan:
fiq manhaj jilid 1 ms213-221
*cdgn atau komentar atau teguran sila pm di fb*
*segala isi adalah bersandarkan mazhab syafie*

Wednesday, November 14, 2012

Bolehkah menceraikan isteri yang sedang hamil?


بسم الله الرحمن الرحيم
Bolehkah menceraikan isteri yang sedang hamil?


Boleh menceraikan isteri yang hamil. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda kepada Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma tatkala ia menceraikan isterinya ketika haid.

“Artinya : rujuklah kepda isterimu kemudian tangguhkanlah sampai ia suci kemudian haid kemudian suci kemudian ceraikanlah jika kamu mau ketika ia dalam keadaa suci sebelum kamu menyentuhnya atau dalam keadaan hamil”

kalaulah ucapan cinta seindah khabar
maka syurgalah dunia

[Kitab Fatawa Da’wah Syaikh Ibn Baz, Juz II/239]

[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah lil Mar’atil Muslimah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita,
Hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah harus. Inilah pendapat sebahgian besar ulama seperti Imam besar empat mazhab yg utama(syafie, maliki, hanafi dan hambali),Ibnu Hazm, Ishak, Abu Thaur, Abu Ubaid, Ibnu Munzir, Tawus, Hasan, Ibnu sirin, Rabiah, Hammad, Hammad bin sulaiman dan lain2.
Ibnu Quddamah berkata: Ini semua adalah mazhab Syafie dan Abu Hanifah. Aku tidak mengetahui ada ulama yg menyalahi pendapat ini.
Adakah talak ini dianggap talak yg sunnah???
Ada dua pendapat untuk menjawab persoalan ini seperti berikut:-


1)Pertama: Talak ini tidak dianggap sunnah dan tidak dianggap bidah
Imam Ibnu Quddamah dari mazhab Hambali berkata: “Wanita yang hamil tidak dianggap menceraikannya sebagai bidah atau sunnah dari segi waktu.”
Imam an-Nawawi berkata: “Wanita yg hamil tidak diharamkan utk menceraikannya sama sekali. Menceraikannya tidak dianggap bidah dan tidak dianggap sunnah.



2)Kedua: Menceraikan Wanita yg hamil dianggap sebagai talak sunnah.
Ibnu Abdul Bar berkata:
“Adapun wanita yg hamil , tidak ada perselisihan dikalangan ulama mengatakan bahwa menceraikannnya adalah talak sunnah.”
Dalil
Hadis Ibnu Umar , sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya yang dalam haid. Lalu Umar menceritakan pd Nabi s.a.w. Nabi bersabda:
“Suruhlah dia rujuk kembali dan ceraikanlah dia dalam keadaan suci atau mengandung.” (Hr MUslim)



Pendapat segelintir ulama
Ada segelintir ulama yg berpendapat yg menyalahi pendapat jumhur diatas. Ada dua pendapat seperti berikut:
1. Haram sekiranya hamil yg diiringi haid. Ini pendapat Qadi Abu Hasan dari mazhab Maliki dan Abu Ishak dari mazhab syafie.
2. Ianya makruh. Ini pendapat Hasan al-Basri.

wallahualam~
Rujukan: Ahkamul Marah al-Hamil oleh Yahya Abdur Rahman."

Saturday, November 3, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم 


Sebelum aku memulakan topik yang aku nak kongsikan..aku teringin nak sampaikan satu ayat quran yang bermaksud..

“patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “kami beriman”, sedangkan mereka diuji(dgn sesuatu cubaan)?”


“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”

Al Ankabut 2-3



benarlah Allah yang maha Agung~


kadang2 kita selalu mempersoalkan kenapa aku diuji dengan macam2 dugaan dan ujian seperti hilang ahli keluarga..tensyen dengan kawan2..tensyen dengan masalah study kat university,sekolah etc..


tapi adakah kita pernah terfikir..semua dugaan yang Allah timpakan kpd kita sume ada hikmah.. bukan sengaja Allah nak bagi ujian kepda kita tapi Allah lebih sayangkan kita..Allah mahu kita buktikan kepada Dia bahawa kita ini betul2 beriman kepada Allah..



cuba kita tengok zaman2 sahabat~



apabila aku cuba menghayati kisah2 perjuangan Kekasih Agung Rasulullah SAW dalam memperjuangkan agama sangat2 lah berat..

cuba kita lihat..bagaimna Rasululah SAW amat bersabar dengan karenah2 kaum musyrikin dahulu.. 

paling banyak dugaan diterima adalah di awal2 pjuangan Beliau dalam menyampaikan dakwah.. sehinggakan Beliau dibaling najis di halaman rumah.. dibaling najis sembelihan ketika Beliau tengah sujud kepada Ilahi oleh ‘Aqabah bin Abi Muit.. dibaling batu ketika cuba menyampaikan dakwah di Taif dimana dakwah Beliau di Mekkah ditolak dan ditentang mentah2..dicaci..dihina..diejek dengan pekataan yang………………



tapi…… adakah Rasulullah SAW balas semula apa yang telah mereka lakukan kpd Rasulullah SAW??????...tidak sama sekali..malah Rasulullah SAW doakan mereka yang baik2 kerana mereka tidak mengetahuinya.. 



Bukan Rasulullah saja yang diuji..Sahabat juga kene tempiasnya.. tgoklah sahabat seperti Sumayyah dgn keluarga dia….Bilal bin Rabah..dan sahabat2 yang lain..boleh sahaja mereka menipu kaum musyrikin supaya dapat lepaskan diri..tapi mereka lebih mengutamakn Allah dan RAsul dalam hidup mereka..kalau kita berada di tempat mereka..adakah kita sanggup??...Adakah kita SANGGUP?????



mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka semata2  mahu menegakkan yang Haq dan menghapuskan yang BAtil..hatta seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW



diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab bin A1-’Arat:

 “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?”


 Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:

“Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka,
biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah





kita pasti akan tertanya2..kenapa Allah taknak bagi pertolongan kepada hamba2nya yang mahu tegakkan Islam..apatah lagi dalam kalangan mereka adanya seorang manusia mulia di dunia bernama Muhammad SAW??..tidakkah mereka ini adalah askar2 yang memperjuangkan jalanNya???


tapi….. ini lah jalan dalam menegakkan seruan agama islam.. sedangkan kaum2 terdahulu, mereka juga ditimpa nasib yang sama dalam menyampaikan Agama Allah s.w.t



inilah yang dinamakan mukallaf..mukallaf ertinya mereka dan kita semua memikul tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan amanahNya yang berat dan susah..

berbeza antara taklif dan hamba..kita sebagai hamba takkan berfungsi tanpa taklifi..sudah menjadi adat jika kita menjadi hamba pasti kita kita akan dibebani dengan segala tanggungjawab..



Kalaulah Tuhan mahu..pasti Allah bagi kemenangan kepada kaum muslimin tanpa apa2 perjuangan..tapi inilah fitrah…inilah jalan yang benar…inilah jalan yang perlu kita lalui untuk menegakkan Agama Allah..



bagaimana kita nak tinjukkan perhambaan kita kepada Allah??..maka inilah bukti yang mahu kita tunjukkan kepada Allah..inilah bukti pengorbanan dan kasih sayang kita kepada Allah..inilah bukti kita bertuhankan Allah bukannya nafu..kita tidak mahu di hari Kiamat nanti kita tiada ‘modal’ untuk dibentangkan kepada Allah..apakah kita tidak berasa malu??? Syurga itu mahal dan tidak boleh dibayar melainkan pengorbanan sesuai dengan ‘harga’ Syurga itu sendiri..




tujuan utama Allah menguji kita adalah untuk membezakan kita mukmin yang sejati ataupun hanya berkata “aku beriman” sedangkan dalam hati kita busuk dengan penuh kemunafiqan..ujian ini jualah yang membezakan kita sama ada kita berada dalam Haq atau Batil


bukankah Allah berfirman:



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu

(Surah A1—Zariyat 51:56)


apa guna nya kalau kita dibiarkan mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar di lidah sahaja tanpa dibuktikan dengan dengan sedikit pengorbanan??.....kalau begitu tidak ada bezalah diantara Si Pembenar dengan Si Pendusta..tiada beza lah Mukmin dengan munafiq.. satu cara yang mampu kita tahu sama ada kita benar atau tidak..mukmin atau munafiq hanya dengan jalan ujian yang pahit dan menyakitkan lah yang mampu membezakan kita dengan ‘mereka’..



Allah berfirman:

الم ( 1أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَآُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ( 2وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ(3)



Yang bermaksud:—

“Aliff Laam Mum. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orangyang dusta”.
(Surah A1-’Ankabut 29:1 — 3)





أمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِين( 142

Yang bermaksud:—
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orangorangyang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”.

(Al Imran 3:142)



Sedangkan  para Anbiya pun diazab dengan sebegitu teruk hingga digergaji badan nya demi menyampaikan dakwah..apatah lagi kita sekadar hamba sahaja yang belum tentu ada tiket ke syurga Allah??..



sebab itulah..pejuang2 islam tidak anggap dugaan dan ujian yang mematahkan semangat mereka..bahkan itulah jalan yang mereka idamkan..kita sebenarnya bukan rugi apabila diuji..tapi kita rugi apabila tidak diuji..



Perhatikanlah ayat ini baik—baik:



أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولوَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ 


Yang bermasud:

“Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan tidak didatangkan (diujikan) kamu sebagaimana (diuji) mereka-mereka yang terdahulu dan kamu, mereka ditempuh kesusahan dan
kesulitan, terasa (bumi ini) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama sama Rasul berkata: “Bila lagi pertolongan dan Allah? Rasul berkata: Bahawa sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat.”
(Surah A1-Baqarah 2:214)





...ingatlah..Allah itu lagi dekat dengan kita umpama dekatnya antara 2 jari kita..
Allah uji bukan kerna benci..tapi Allah uji kerna sayang Dia kpda kita..=')