Pages

Wednesday, January 16, 2013

end of the war

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
umphh....menghirup udara segar sambil memerhatikan susasana yang tenang di luar sambil dihembusi angin bayu yang nyaman lagi menyejukkan..alhamdulillah..sudah seminggu aku tamat menghadapi exam yang menandakan aku sudah tamat sem 1 di yarmouk ni...

bila dikenangkan kembali..perjuangan aku dalam menempuh walaupun satu subjek..ternyata bukan bnda yg senang untuk aku tempuhi*ayat*haha..lagi2 aku tahu doktor tu amat 'tahqiq' dalam soalan2 dia..

teringat bagaimana aku menempuh spm ketika dulu..berhempas pulas mengulang kaji pelajaran tiap2 hari..bagai nak rak aku study..umpama aku hidup dalam dunia aku sorang saja..aku korbankan sgala benda demi spm..main..lepak..bersembang kosong..layan mouvie..hahaha... tapi...apa yang membezakan sekarang dengan dulu ialah...'tawakkal'..........

ye....'tawakkal'........

nampak simple perkataan tawakkal..ye..sume pnah dengar...dan nampak bosan dgn pkataan ni...tapi bagi orang beriman...bnda ni bukan perkara kecil..tapi termasuk dalam rukun iman..see????.....

maddah pertama aku dapat kat jamiah yarmouk ni ialah fiq sirah....whaattt???.....fiq sirah..????....broo.....time pqs dulu...aku anggap x wujud kot subjek sirah.....*jahatsekejeap*

aku selalu berdoa moga Allah bagi yg terbaik untuk aku kat sini..bukan apa yang aku nak...tapi bila nak tasjil maddah..dapat fiq sirah....macam~....grrr.....wait......tapi ada hikmah kot...seriously i am talking to u......




  Allah beri yang terbaik untuk kita


 

semnggu dua tu...memang xnampak apa la dengan maddah ni...tapi bila dah 2 3 bulan aku blaja...aku nampak hikmah maddah yang pertama aku jumpa dgn life aku...

apa kena sirah dengan tawakkal bro???.....

ni aku nak cita ni.....

banyak peristiwa2 peperangan yang aku baca..hikmah nabi buat tu..buat ni...

byak aku nampak..tapi aku nak mention pasal ghazwah badar (peperangan badar)...ketika tu..Nabi Muhammad saw hanya memiliki beberapa ratus muslimin shaja..ketika tu baginda baru saja berhijrah dari mekah ke madinah...straight to the point...Baginda berjaya mngumpulkan dalam 313 pejuang2 badar sahaja..riwayat ibn ishaq kata 314..x kisah la perbezaan bilagan ni..yang pasti bilangan mereka sedikit..

sebenarnya sahabat2 ni klua bukan untuk berperang..tapi nak tahan rombongan abu sufyan sebab time tu dia bawak byk sangat brg2 untuk kaum quraish...maka muslimin2 ni ready nak pi tahan rombongan ni..

ringkasan lagi...

abu sufyan pon ready untuk perangi kaum muslim..padahal dia tak taw yang Baginda kluar bukan untuk berperang...tapi Baginda dapat wahyu yang abu sufyan ninak perangi mereka ketika mereka sudah bergerak kluar madinah...

bilangan mereka sedikit pon sebab ramai yg tak terfikir nak terjadi perang...so muslimin terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin mekkah..ade riwayat kata 800 lebih...

malam 17 ramadan ni...nabi berdoa kepada Allah supaya dimenangkan peperangan ni..kalau tidak agama Islam tidak akan tersebar...

nak jadikan cerita...umat muslimin menang!..bayangkan 313 lawan 1000...Allahurabbi...nisbah 3 : 10..tapi yang terkorban dari pihak muslimin 14 orang shja yang syahid..nak dibandingkan ketika itu 70 musyrikin yang mati...

so...ape kene exam, twakkal dengan perang??...lolz~

ade kaitannya....sabaaarrr...

kalau kita tengok...Bginda berusaha dan bertwakkal...walaupun bilangan tntera islam ketika itu sangat sedikit..tapi Baginda tak pernah mlihat kuantiti tetapi KUALITI...

tapi...aku rasa sedih tgok..melihat mahasiswa lebih tumpukan exam yang mereka rasa terlampau penting sampai takda masa untuk Allah...lupa nak solat berjemaah di masjid semata2 mahu menghadapi exam yang mereka rasa lebih penting...adakah mereka lupa pengharapan mereka kepada Allah???...tak boleh nak byang cmmana kualiti mahasiswa 10 tahun akan datang..lagi2 pelajar agama yang tak mengamalkan apa yang dia belajar~

cuba fikir semula...siapa yang bagi kejayaan kpd kita sebenarnya..Allah ke usaha kita??...bimbang kita mensyirikkan Allah tanpa sedar..nauzubillah~

"alhamdulillah..aku dapat jawab exam dengan mudah hari ni..ni sume berkat usaha aku study siang malam..."
dia lupa....sapa yang beri kemudahan untuk dia jawab exam..Allah ke usaha dia??....

Allah berfirman:
"sesungguhnya Allah tak ubah satu kaum hingga mereka ubah nasib mereka sendiri"...
sapa yang tafsir bhwa kita boleh ubah nasib kita memang salah la..bertentangan dgn ASWJ..kita berusaha untuk ubah..bukan kita mengubah nasib kita terus...Allah yang tntukan nasib kita..kita sekadar berusaha sahaja..kemudian baru tawakkal...

Allah berfirman dalam surah alImran 159 bermaksud
"apabila kamu sudah berusaha maka bertwakkal lah"...

                        


            "  tak semua yang baik itu buruk untuk kita  "


teringat kata ustazah aku dulu di usim..ustzah azniwati..dia pon bekas student jordan..

"dulu ustzah selalu dapat mrkah tinggi dalam exam di sekolah..tak sangka bila ustzah masuk jamiah di jordan..exam pertama ustazah..ustazah fail..sejak haritu ustzah usaha dengan lebih gigih supaya lulus dengan cemerlang dalam exam.."

mula2 tu..gelak gak dalam hati..*jahat* tapi last2 aku pon merasa *padan muka*..nak dekat fail jugak la~

tengok dan lihat..ade hikmahnya tu kalau fail..Allah nak kita berusaha dengan byak diselarikan dengan niat ikhlas kerana Allah.. baru dapat ganjaran pahala nak ditunjuk kepada Allah 'nanti'


yakinlah..Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kita...bukan beri apa yang kita nak...mungkin dengan fail exam kita..kita lebih berusaha..jangan takut..jangan sedih...kita dah berusaha yang terbaik..usaha dan tawakkal adalah jalan orang mukmin...

moga kita sama2 bukan saja berbakat jawab dalam exam semata2...tapi tugas berat menanti kita nak bimbing masyarakat bila dah graduate...apa guna hebat dalam kertas tapi hampas tak berguna untuk masyarakat??...

pepatah arab kan ada menyebut...
"sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk manusia yang lain"
wallahualam~

Thursday, December 6, 2012

antara cawan dan bibir



Di bilik kuliah bernombor 401 aras 4 di bangunan kuliah syariah yang serba serbi indah tulah kelas yang aku selalu masuk berminggu2 di Jordan ni.. bilik yang berhadapan dengan bilik2 lecture tu membuatkan aku takut untuk memasuki nya.. apatah lagi hari itu aku bakal menerima markah kertas peperiksaan yang aku telah jawab minggu lepas.. maddah Fiq Sirah yang diajar oleh Dr saed Biawenah.. dia ni sentiasa digeruni oleh pelajar2 malayisa kerana syadid beliau dalam memberi markah exam..









aku menguatkan diri untuk masuk ke dalam kelas itu.. aku lihat ada lah sahabat2 sekuliah tekun dengan menalaah kitab sebelum kelas bermula.. orang arab yang lain pulak sibuk dengan bersembang dengan riang nya..ada juga yang sedang tekun belajar.. bagi aku..masa yg ada ni bagus kalau di belek2 dua tiga helai sebelum memulakan kelas..at least takda lah ternganga bila lecture bagi ilmu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit tuh..
tepat jam 3.30 petang masa yang ditunggu telah tiba.. muka lecture aku yang bermuka jernih dengan rambut yang disikat rapi membuatkan aku kagum dengan penampilan dia.. bukan aku sorang sahaja yang perasan.. tapi senior2 aku pon berkata begitu.. hatta sebelum memulakan kelas, dia terlebih dahulu menyusun segala benda yang ada di depan mata dia..segala kertas disusun dengan rapi dan teratur.. beg berjenama Leonardo itu diletakkan atas meja selari dengan kertas yang disusun nya.. aku betul2 kaget..kagum..sunnah yang diajar beliau semuanya diamalkan..bukan kah nabi amat menyukakan kekemasan dan kecantikan..

“auzibillahi mina assyaiton arrajim”.. “bismillahi arRahman arRahim”..perkataan yang selalu beliau guna sebelum memulakan kelas kedengaran oleh semua pelajar dalam kelas itu membuatkan semua pelajar yang bising tadi diam menumpukan segala ilmu2 yang hendak beliau bagi..kebiasaannya beliau memulakan syarah sebelum mengumumkan markah peperiksaan..

tepat jam 4.45 petang jam di dinding kelas..aku melihat semua gelisah untuk menunggu dr saed mengumumkan markah peperikasaan..aku melihat sahabat2 mengelumit mulut mereka dengan membaca doa2 dengan harapan memperoleh markah dengan cemerlang.. sedangkan aku ni sebelum masuk kelas sudah mula rasa gelisah dengan markah yang bakal aku dapat nanti..

setelah seorang demi seorang aku mendengar markah keputusan mereka disebut.. ada yang memperoleh markah penuh 20/20..ada yang memperoleh markah 18/20..kedangaran di telinga aku mereka mengucap tasbih memuji kepada Ilahi atas nikmat yang mereka dapat..terdetik dalam hati aku.. “agak2 nya berapalah markah yang aku peroleh nanti ni..moga Allah beri yang terbaik untuk aku”..

“muhsin..19/20..ahsanta ya muhsin..anta mumtaz.. sambil dr saed memberikan senyuman beliau kepada aku.. aku yang mendengar markah yang disebutkan tadi betul2 terkejut.. “yaAllah..betulkah ni..apakah ini sekadar mimpi”.. “mungkin ini nikmat yang Allah beri kepada ku…” monolog aku sendirian.. kebanyakan pelajar2 apabila sudah dapat kertas peperiksaan mereka akan terus keluar daripada kelas membuatkan kelas itu sedikit sunyi.. telinga aku masih terngiang2 dengan markah yang diberitahu Dr saed tadi..

dalam kegembiraan aku pulang ke rumah.. aku tidak mengiraukan suasana petang ketika itu mahupun sejuk yang menusuk hingga ke tulang.. cuaca ketika itu selepas hujan..dalam fikiran aku hanyalah rumah yang suam2 sejuk itu..

_______________________________________________________



“maktabah arRidwan”..aku terlihat sebuah kedai buku yang terletak behampiran dengan rumah.. dalam hati teringin sangat nak mencari sebuah kitab yang dapat didik jiwa aku dalam kehidupan penuh pancaroba dan onak duri ni.. sudah lama aku idamkan mencari buku yang jenis begitu setelah beminggu-minggu bejuang untuk menghadapi pperiksaan di jamiah..

pintu kaca yang ada di depan kedai aku tolak dengan lemah lembut sambil memberi salam kepada tuan kedai..aku mencari lorong yang mnyediakan buku2 agama..sedang aku puas membelek dan mencari..aku terjumpa sebuah kitab tulisan berwarna hijau.. “tanbih al Ghofiliin”..dalam hati aku bekata.. “macam menarik kitab ni”..selepas akumembelek beberapa helai kertas dalam buku ni membuatkan aku tertarik hendak membeli nya..aku tidak tahu mengapa..
aku terus pergi kekaunter dan mengeluarkan not 10JD.. sebelum tu aku minta cashier untuk membalut buku tu dengan pembalut hadiah bewarna merah kepudaran..

“anta malizi?”..soal cashier tu..
“naam”..aku jawab sambil membalas senyuman cashier tuh
“hal hazal kitab jaded??geddesh wahid??”..soal aku kepada cashier
“naam..yumkin usbua3in.. hazal kitab tsamanuhu khamsu khomsah wa sab3iin”sambil membalas pertanyaan aku dengan bahasa arab fushah..
“laa tahzan..inna Allah ma3ana”..tambah cashier tu dengan senyuman yang ikhlas..
“syukran..barakallahu fik ya mua3llim”..balas aku sambil senyum kepada dia..

dalam hati aku terfikir..orang arab ni..kasar2 mereka pon..kadang2 mereka amat mesra dengan pelajar2 malaysia di Jordan ni.. apatah lagi pelajar2 malaysia dianggap muhtarim atau dihormati dengan adab sopan mereka dengan warga arab..

rumah aku berdekatan sahaja dengan kedai buku tu..mengambil masa 5 minit sahaja..pintu rumah yang berwarna coklat kepudaran kian menghampiri aku..
 “5”..jelas dari jauh tertulis nombor rumah dipintu rumah aku ini..dengan membaca bismillah aku buka pintu ni dengan kunci yang berada di tangan.. aku menolak pintu dengan perlahan supaya tidak mahu disedari oleh penghuni rumah ni..bukan tak mahu memberi salam..tetapi aku mahu membuat kejutan dengan kehadiran aku ini


___________________________________________________




“ktok..ktok”…bunyi sesuatu dipotong dengan pisau..aku jalan sambil menginjit kaki dengan perlahan-lahan sambil menuju ke dapur..aku melihat bidadari ku yang berpakaian serba merah kemerahan dengan tali apron diikat di belakang nya sedang memotong sesuatu..ketika tu bidadari ku sibuk dengan ‘bahan masakan’ dia tu.. aku mengambil peluang keemasan ni dengan memeluk dia dari belakang dan terus aku menutup dengan matanya dengan kedua belah tangan ku..

“sayang buat apa ni?”..dengan nada suara yang lebut aku bertanya..

“eh abang..terkejut sayang..ingat jejaka handsome mana lah yang peluk sayang tadi..hihi”..
“sayang nak masak menu spesial malam ni khas untuk abang”dia membalas soalan ku dengan nada yang penuh lembut membuatkan aku lupa sebentar dengan markah peperiksaan jamiah tadi..

“lain kali abang jangan buat macam tu tau..nanti kalau terpotong jari sayang macam mana?..abang nak ganti ke??^.^”..soal bidadari ku dengan nada manja nya sambil mencubit manja pada lengan aku

“aduh..sakitlah..ok..ok…abang minta maaf..mana boleh diganti dengan jari sayang yang lembut dan cantik tu..hihi”..dengan senyuman tawa manis yang aku balas kepada bidadari aku..

“sayang masak apa hari ni?..macam sedap je?..”..soal aku kepada bidadari ku

“petang ni sayang masak cucur..malam nanti baru sayang masakkan untuk abang makanan special untuk abang..lepas tu boleh la kita study sama2..kan abang kan??..” sambil menarik pipi aku yang gebu ni..hihi

“abang duduklah dahulu..penat tu..abang mandi dulu..dah siap nanti kita makan sama2 ok?”.. jawab bidadari ku sambil memberikan senyuman yang manis..

dalam hati aku berkata..” ya Allah..mudah nya seorang wanita masuk kedalam syurga mu yang penuh nikmat tu yaAllah..”



_______________________________________________________


setelah selesai mandi..akupersiapkan diri untuk makan bersama-sama dengan bidadari ku yang tercinta sementara menunggu untuk solat maghrib bersama2 di masjid yang berhampiran dengan rumah aku ini..

dengan haruman semerbak..bidadari aku datang dan mengidangkan sebuah teko berisi air teh suam bersama dengan cucur yang dimasak sebentar tadi..sungguh sedap bau cucur udang yang dimasak nya..bidadari ku terus duduk dan menuangkan air teh suam tadi kedalam cawan..

“terima kasih sayang”..aku ucapkan dengan penuh mesra..dalam hati aku bermonolog..bagaimanalah Rasulullah layan para  isterinya  dengan begitu adil..Beliau lah antara contoh paling baik dalam membina keluarga bahagia yang betul2 aku kagumi..
|






“ni kan tanggungjawab isteri yang solehah..betul tak bang?..hihi..^_^”ketawa manis bidadari ku sambil menuangkan air tadi kedalam cawan..

aku terus mengambil cawan tadi dan terus menghirup air teh..

“bismillah”..aku berdoa..

“slurp…..uhuk..uhuk..”tiba2 aku tersedak selepas beberapa teguk aku minum..aku letak cawan yang aku minum tadi ke atas dulang dengan dahi yang berkerut..

“kenapa ni bang?..tak sedapkah air yang sayang buatkan??..kurang manis ke?”..tanya bidadariku dengan penuh cemas..

“cuba sayang rasa ni!”..aku membentak di hadapan nya..

“abang..sayang minta maaf..T.T”..terus diambil cawan yang kuminum tadi untuk dia rasa..mungkin bidadari ku mahu mencari dimanakah kekurangan air teh tadi..

“eh..ok je bang..apa yang kurang?..kurang gula ke bang?..nanti sayang tambahkan ye..minta maaf sangat2..V.V”..tanya bidadari ku dengan muka yang sedih..

lalu aku mengambil dengan pantas cawan yang diminum sebentar tadi..“haa..barulah manis air yang bidadari abang buatkan ni..hihi”..sambil minum di bekas bidadari ku minum tadi..

“sampai hati abang main2kan sayang..nak merajuk lah macam ni!”..sambil berjalan keluar dari ruang tamu yang serba kecil tu..

aku mengejar bidadari ku dengan sepantas kilat sembil memeluk nya dari belakang..

“ok..ok..abang minta maaf..abang gurau jelah..abang ada belikan sesuatu untuk sayang..sayang mesti suka..smile!”..pujuk aku sambil senyum^.^

“apa dia?..kalau abang tipu siaplah abang!..sayang taknak masak untuk abang lagi..”..sambil mencebik manja..

“tutuplah dulu mata sayang..kalo tak..macam mana nak buat surprise”..pinta aku dengan penuh pengharapan..

“ok”..jawab pendek dari bidadariku..

aku memegang dengan erat tangannya yang lembut tu ke kamar tamu..

“nah..abang belikan sesuatu untuk sayang..hadiah sayang sebab penat2 memasak untuk abang..sekarang bukaklah mata sayang tuh..ke nak abang bukakkan jugak??..hehe”..sambil melemparkan ketawa manja buat isteri tercinta..

bidadari ku membuka kedua belah mata nya yang serba indah itu..sekali kilas membuatkan aman2 jejaka cair apabila melihat nya..beruntung aku dikurniakan isteri secantik dia.. bidadariku membuka bungkusan hadiah itu dengan penuh cermat..

“tanbiyyatul Ghofiliin?..ya Allah abang..tak sangka abang jumpa buku ni..dah lama sayang mencari buku ni tapi tak jumpa2..terima kasih abang!..saayyyaanngg abang ketat2!!..mmuuaahh”..sambil mencubit kedua belah pipi aku yang serba montel semenjak masuk  
musim sejuk ni..




                       


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud.."JIka seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramdhan, mentaati suami dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan kepadanya: masuklah kedalam syurga dari pintu mana yang kamu suka"
(riwayat Ahmad dan Tabrani)

Friday, November 30, 2012

semayang turbo


gempak btol title die..hehe

Kali ni bagus kalo dapat ambe share antara bahagian2 solat iaitu solat an Naflu..
ape tuh..solat an Naflu????
النفل = tambah atau lebih tepat dengan istilah solat tambahan selain fardu lah senang cita..
part petame~
kita akan pergi lebih details..or dalam my lughowi nya بالتفاصيل”..ماشي??..

ok..yg ni bahagian diamana TIDAK disunatkan Jemaah..
TIDAK disunatkan Jemaah plak ade dua bahagian..*byk nye bhgian =.=*

1)TIDAK DISUNATKAN JEMAAH TETAPI DITUNTUT
*senang kira sunat rawatib laa~*
  • -2 rakaatsebelum subuh
  • -2rakaat sebelum zohor dan selepas
  • -2 rakaat SELEPAS maghrib
  • -2 rakaat SELEPAS isha

hadis yg diriwayatkan oleh bukhari muslim berkata Umar ra yg bermaksud
aku pelihara daripada nabi 10 rakaat:2 rakaat sblum subuh 2 rakaat sebelum dan selepas zohor 2 rakaat selepas magrib dan 2 rakaat selepas isya”

antara solat2 sunat ni..paling kaw kaw nabi tuntut sebelum subuh..perghh…yg ni byak miss..sbb bgun terus amek wuduk blah terus gi masjid..haha>.<

maksud hadis yg diriwayatkan aisyah ra.hu
tidak nabi menunaikan solat yg lebih banyak berbanding solat 2 rakaat sebelum subuh

see??....mmg dituntut habes2 san lah~

haa..skrang ni msuk plak yg x dituntut..tadi dituntut..yg ni tak plak

2)TIDAK DISUNATKAN JEMAAH YG TAK DITUNTUT
  • -tambah 2 rakaat selepas 2 rakaat yg disebut di atas

*tambahan..utk jumaat pulak..dye kira sama je ngn zohor..Cuma LEBIH BAIK dibuat 4 rakaat sebelum dan selepas dgn skali salam..2rakaat ptma dituntut 2rakaat kedua tak dituntut*
maksud hadis dari Abi hurairah
“jika kamu solat jumaat maka solatlah selepasnya 4 rakaat”


  • -4rakaat sebelum zohor
  • -2rakaat sebelum maghrib*solat ni perlu dipercepatkan*
  • -2rakaat sebelum isya*sama dgn qabliah maghrib*

ooraaiit…settle bab tidak disunatkan  Jemaah tuntut/tak tuntut untuk rawatib..skg masuk qisim baru

2)TIDAK DISUNATKAN JEMAAH BUKAN RAWATIB*SELAIN RAWATIB*
yg ni pon satu gak..ade dua bahagian..

  • -tertakluk dgn masa
  • -tak tertakluk dgn masa

i)tertakluk dgn masa
-tahyat masjid

solat ni amat2 lah dituntut sebab hatta kalo khatib tgah baca khutbah pon kne solat..ada dalam satu hadis tu..nabi stop khutbah sebab tgok laki ni msuk msjid trus duduk tanpa solat tahyat masjid..see??..penting..jgan x amik cakne bab2 ni..

info tambahan:
utk solat jumaat..yg sebut tadi kalo tgah khutbah petama..kalo khutbah kedua lagi2 kahtib tengah doa maka duduk jela dan xpyah nak solat..sbb dah luput tntutntan dye utk solat tahyat masjid*ni adalah qaul mazhab syafie*
-solat witir
solat witir ni afdal diakhiri akhir solat malam*qiamullail ikut adat melayu nya*..
maksud hadis riwayat bukahrimuslim..”jadikan lah witir ini dikahir solat kamu di akhir malam
tetapi..kalo takut takmampu bangun go ahead..solat la lpas isya..kalo mampu bgun..buat la akhir malam..ni diriwayatkan oleh  muslim..

pasal bilangan plak..ade pendapat kata makruh dengan satu rakaat..tpi bagi aku..aku cakap harus..berdasarkan dalil ni yg diriwayatkan oleh abu daud
“witir dituntut utk umat islam,sapa suka 5 teruskan,sapa suka 3 teruskan,sapa suka satumaka teruskan”

-qiamullail
ditunaikan selepas tidur dan sebelum masuk waktu subuh bedasrkan dalil surah isra ayat 79
nabi pnah ckap diriwayatkan muslim. Abi hurairah berkata”apa solat yang afdal slepas fardu? Jwa nabi “solat diakhir malam”..
-solat dhuha
solat ni kurang2 2 rakaat..maximum 8 rakaat..*dop rajin*..haha
hadis riwayat muslim dari abu hurairah berkata “nabi wasiatkan aku 3 perkara..puasa3 kali setiap bulan,2rakaat dhuha, dan witir sebelum tidur”
afdhal dilaksanakn ¼ siang..mybe pkul 8.30 am gitu kot~

-solat istikharah..yg nix de huraian lebih..juz ade doa khusus utk solat ni..disebabkan pnjang..malas nak tulis..hehehe..

ii)TAK TERTAKLUK DENGAN MASA
-yg ni spesel nya..korang solat la bila2 pon..asalkan jgan waktu yg dilarang sudah(slps sbuh,tgah hari dan selepas asar)
berdasarkan hadis riwayat ibn majah abi Zar berkata “ solatlah tidakkira bila dan masa banyak atau sikit”

wallahualam

sumber rujukan:
fiq manhaj jilid 1 ms213-221
*cdgn atau komentar atau teguran sila pm di fb*
*segala isi adalah bersandarkan mazhab syafie*

Wednesday, November 14, 2012

Bolehkah menceraikan isteri yang sedang hamil?


بسم الله الرحمن الرحيم
Bolehkah menceraikan isteri yang sedang hamil?


Boleh menceraikan isteri yang hamil. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda kepada Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma tatkala ia menceraikan isterinya ketika haid.

“Artinya : rujuklah kepda isterimu kemudian tangguhkanlah sampai ia suci kemudian haid kemudian suci kemudian ceraikanlah jika kamu mau ketika ia dalam keadaa suci sebelum kamu menyentuhnya atau dalam keadaan hamil”

kalaulah ucapan cinta seindah khabar
maka syurgalah dunia

[Kitab Fatawa Da’wah Syaikh Ibn Baz, Juz II/239]

[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah lil Mar’atil Muslimah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita,
Hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah harus. Inilah pendapat sebahgian besar ulama seperti Imam besar empat mazhab yg utama(syafie, maliki, hanafi dan hambali),Ibnu Hazm, Ishak, Abu Thaur, Abu Ubaid, Ibnu Munzir, Tawus, Hasan, Ibnu sirin, Rabiah, Hammad, Hammad bin sulaiman dan lain2.
Ibnu Quddamah berkata: Ini semua adalah mazhab Syafie dan Abu Hanifah. Aku tidak mengetahui ada ulama yg menyalahi pendapat ini.
Adakah talak ini dianggap talak yg sunnah???
Ada dua pendapat untuk menjawab persoalan ini seperti berikut:-


1)Pertama: Talak ini tidak dianggap sunnah dan tidak dianggap bidah
Imam Ibnu Quddamah dari mazhab Hambali berkata: “Wanita yang hamil tidak dianggap menceraikannya sebagai bidah atau sunnah dari segi waktu.”
Imam an-Nawawi berkata: “Wanita yg hamil tidak diharamkan utk menceraikannya sama sekali. Menceraikannya tidak dianggap bidah dan tidak dianggap sunnah.



2)Kedua: Menceraikan Wanita yg hamil dianggap sebagai talak sunnah.
Ibnu Abdul Bar berkata:
“Adapun wanita yg hamil , tidak ada perselisihan dikalangan ulama mengatakan bahwa menceraikannnya adalah talak sunnah.”
Dalil
Hadis Ibnu Umar , sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya yang dalam haid. Lalu Umar menceritakan pd Nabi s.a.w. Nabi bersabda:
“Suruhlah dia rujuk kembali dan ceraikanlah dia dalam keadaan suci atau mengandung.” (Hr MUslim)



Pendapat segelintir ulama
Ada segelintir ulama yg berpendapat yg menyalahi pendapat jumhur diatas. Ada dua pendapat seperti berikut:
1. Haram sekiranya hamil yg diiringi haid. Ini pendapat Qadi Abu Hasan dari mazhab Maliki dan Abu Ishak dari mazhab syafie.
2. Ianya makruh. Ini pendapat Hasan al-Basri.

wallahualam~
Rujukan: Ahkamul Marah al-Hamil oleh Yahya Abdur Rahman."

Saturday, November 3, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم 


Sebelum aku memulakan topik yang aku nak kongsikan..aku teringin nak sampaikan satu ayat quran yang bermaksud..

“patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “kami beriman”, sedangkan mereka diuji(dgn sesuatu cubaan)?”


“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”

Al Ankabut 2-3



benarlah Allah yang maha Agung~


kadang2 kita selalu mempersoalkan kenapa aku diuji dengan macam2 dugaan dan ujian seperti hilang ahli keluarga..tensyen dengan kawan2..tensyen dengan masalah study kat university,sekolah etc..


tapi adakah kita pernah terfikir..semua dugaan yang Allah timpakan kpd kita sume ada hikmah.. bukan sengaja Allah nak bagi ujian kepda kita tapi Allah lebih sayangkan kita..Allah mahu kita buktikan kepada Dia bahawa kita ini betul2 beriman kepada Allah..



cuba kita tengok zaman2 sahabat~



apabila aku cuba menghayati kisah2 perjuangan Kekasih Agung Rasulullah SAW dalam memperjuangkan agama sangat2 lah berat..

cuba kita lihat..bagaimna Rasululah SAW amat bersabar dengan karenah2 kaum musyrikin dahulu.. 

paling banyak dugaan diterima adalah di awal2 pjuangan Beliau dalam menyampaikan dakwah.. sehinggakan Beliau dibaling najis di halaman rumah.. dibaling najis sembelihan ketika Beliau tengah sujud kepada Ilahi oleh ‘Aqabah bin Abi Muit.. dibaling batu ketika cuba menyampaikan dakwah di Taif dimana dakwah Beliau di Mekkah ditolak dan ditentang mentah2..dicaci..dihina..diejek dengan pekataan yang………………



tapi…… adakah Rasulullah SAW balas semula apa yang telah mereka lakukan kpd Rasulullah SAW??????...tidak sama sekali..malah Rasulullah SAW doakan mereka yang baik2 kerana mereka tidak mengetahuinya.. 



Bukan Rasulullah saja yang diuji..Sahabat juga kene tempiasnya.. tgoklah sahabat seperti Sumayyah dgn keluarga dia….Bilal bin Rabah..dan sahabat2 yang lain..boleh sahaja mereka menipu kaum musyrikin supaya dapat lepaskan diri..tapi mereka lebih mengutamakn Allah dan RAsul dalam hidup mereka..kalau kita berada di tempat mereka..adakah kita sanggup??...Adakah kita SANGGUP?????



mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka semata2  mahu menegakkan yang Haq dan menghapuskan yang BAtil..hatta seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW



diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab bin A1-’Arat:

 “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?”


 Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:

“Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka,
biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah





kita pasti akan tertanya2..kenapa Allah taknak bagi pertolongan kepada hamba2nya yang mahu tegakkan Islam..apatah lagi dalam kalangan mereka adanya seorang manusia mulia di dunia bernama Muhammad SAW??..tidakkah mereka ini adalah askar2 yang memperjuangkan jalanNya???


tapi….. ini lah jalan dalam menegakkan seruan agama islam.. sedangkan kaum2 terdahulu, mereka juga ditimpa nasib yang sama dalam menyampaikan Agama Allah s.w.t



inilah yang dinamakan mukallaf..mukallaf ertinya mereka dan kita semua memikul tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan amanahNya yang berat dan susah..

berbeza antara taklif dan hamba..kita sebagai hamba takkan berfungsi tanpa taklifi..sudah menjadi adat jika kita menjadi hamba pasti kita kita akan dibebani dengan segala tanggungjawab..



Kalaulah Tuhan mahu..pasti Allah bagi kemenangan kepada kaum muslimin tanpa apa2 perjuangan..tapi inilah fitrah…inilah jalan yang benar…inilah jalan yang perlu kita lalui untuk menegakkan Agama Allah..



bagaimana kita nak tinjukkan perhambaan kita kepada Allah??..maka inilah bukti yang mahu kita tunjukkan kepada Allah..inilah bukti pengorbanan dan kasih sayang kita kepada Allah..inilah bukti kita bertuhankan Allah bukannya nafu..kita tidak mahu di hari Kiamat nanti kita tiada ‘modal’ untuk dibentangkan kepada Allah..apakah kita tidak berasa malu??? Syurga itu mahal dan tidak boleh dibayar melainkan pengorbanan sesuai dengan ‘harga’ Syurga itu sendiri..




tujuan utama Allah menguji kita adalah untuk membezakan kita mukmin yang sejati ataupun hanya berkata “aku beriman” sedangkan dalam hati kita busuk dengan penuh kemunafiqan..ujian ini jualah yang membezakan kita sama ada kita berada dalam Haq atau Batil


bukankah Allah berfirman:



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu

(Surah A1—Zariyat 51:56)


apa guna nya kalau kita dibiarkan mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar di lidah sahaja tanpa dibuktikan dengan dengan sedikit pengorbanan??.....kalau begitu tidak ada bezalah diantara Si Pembenar dengan Si Pendusta..tiada beza lah Mukmin dengan munafiq.. satu cara yang mampu kita tahu sama ada kita benar atau tidak..mukmin atau munafiq hanya dengan jalan ujian yang pahit dan menyakitkan lah yang mampu membezakan kita dengan ‘mereka’..



Allah berfirman:

الم ( 1أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَآُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ( 2وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ(3)



Yang bermaksud:—

“Aliff Laam Mum. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orangyang dusta”.
(Surah A1-’Ankabut 29:1 — 3)





أمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِين( 142

Yang bermaksud:—
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orangorangyang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”.

(Al Imran 3:142)



Sedangkan  para Anbiya pun diazab dengan sebegitu teruk hingga digergaji badan nya demi menyampaikan dakwah..apatah lagi kita sekadar hamba sahaja yang belum tentu ada tiket ke syurga Allah??..



sebab itulah..pejuang2 islam tidak anggap dugaan dan ujian yang mematahkan semangat mereka..bahkan itulah jalan yang mereka idamkan..kita sebenarnya bukan rugi apabila diuji..tapi kita rugi apabila tidak diuji..



Perhatikanlah ayat ini baik—baik:



أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولوَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ 


Yang bermasud:

“Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan tidak didatangkan (diujikan) kamu sebagaimana (diuji) mereka-mereka yang terdahulu dan kamu, mereka ditempuh kesusahan dan
kesulitan, terasa (bumi ini) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama sama Rasul berkata: “Bila lagi pertolongan dan Allah? Rasul berkata: Bahawa sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat.”
(Surah A1-Baqarah 2:214)





...ingatlah..Allah itu lagi dekat dengan kita umpama dekatnya antara 2 jari kita..
Allah uji bukan kerna benci..tapi Allah uji kerna sayang Dia kpda kita..=')

Tuesday, October 30, 2012

roadtours ila urdun..



bismillah..

Alhamdulillah.. skarang dah lebih sebulan ambe menjejakkan kaki di bumi anbiya ni..buni syam.. ape yang orang selalu kata bumi ni penuh dengan barakah..

nak cite aku baru smpai sini..cm dah basi je=p.. rase sume orang tau..nak cita belajar kat jamiah mane etc.tapi nak cita gak ah..dipendam lama2 dokter kata tak baik utk kesihatan=p..kot2 la ade orang kata aku tertinggal flight ke..tsalah naik flight ke..kan..kan..kan??=
                                       
           
    kenangan bsma kwan usim..=')                                     
                                   
  

                                    


bgambar bsame sblum blpas..T.T




                                         kenagan bsama~ *serupa tak muka?=p
                                                 
                ambe naik flight ni la..Qatar Airways..luar kondo dlm stinggan...=p
   *bersyukur~



time ni sebak gak la aku.. tapi diikutkan 'anak laki' punye psal..aku terpaksa la 'cover'.. krg x pasal2 orang kata "muka bejambang..tapi klua air mata".........jatuh maruah ooo~~....


dlm flight tuh..teringat kenangan2 dari kecik..main kejar2..main nyorok2..main pondok2..hihihi..skrang..pejam celik..pejam celik dah masuk U...mimpi ke ooii?..

selama 8jam flight aku smpai gak di jordan..before that aku singgah Doha..minum teh tarik..letih bwak kpal tbang ni.. utk elakkan kemalangan baik singgah kejap kan?..hehehe


                       
   time ni depan Queen Alia airport...


kalo diikutkan..aku ni kira dah lambat smpai..kat jamiah sume dah start kelas..kitorang je blom..cuak jugak la~..takut2 xleh kejar plak nanti..esok nya terus pi daftar masuk jamiah


                                   suasana tasjil maddah..*daftar subjek pljran

bila smpai sini..mmg aku xboleh terima duit jordan lagi mahal dari duit mlaysia..1JD=RM4.3
bukan ape..mmg tak boleh belah*bhsa org muda* ..bukan ape..ekonomi xla sehebat malaysia..tpi matawang bukan kemain lagi..grr....

tapi dah lama2 tu nak xnak kene la biasakn diri..asal nak bli barang2 msti tgok kalkulator..haha
punye la nak bjimat cik kiah ooii..haa..kalo x..kebulor la aku kat sni cik kiah~..

tapi..baru aku perasan..brg2 sni rupanya standard malaysia je..~~  tapi kalo ye pon..agak2 la..negara cenggini nak letak mahal2..rendah2 sudah..aku pon setaraf je ngn pak2 arab ni..bukan loaded duit..bukan tajaan mara jpa nak bermewah2..kita sama2 okey..=P


                                ni tugu jamiah yarmouk~..*creepy kalo tgok lame2
 


   tugu maktabah yarmouk
                                            

thats all 4 today..malas nak tulis panjang2..takut xde modal..hehe...
*moga penghijraan aku kat sini tak sia2 insyaAllah




















Monday, October 29, 2012

~beginner~

bismillah..

akhirnya~..dapat jugak aku merasa nak buat blog ni..*even takla perfect pon~
setelah sekian lame aku jadi 'stalker' blog orang. aku pon tak taw kenapa aku tertarik sangat nak buat blog ni.. nak luahkan perasaan kah?.. nak share ilmu kah??..*asyik share di fb bosan gak kdg2 tuh..=p

kadang2 cemburu tgok sahabat2 dapat kongsi ilmu.. hope kalau aku share sesuatu yang bermanfaat atleast 'harta' aku mengalir~

nabi bersabda mafhumnya*dah stat nak ceramah ke aku ni..=p
ok2..back to the point.. mafhumnya "terputus amalan anak adam tu melainkan 3 perkara iaitu harta yg disedekahkan..ilmu yg bermanfaat..anak yg soleh.."

nak kata banyak harta..hmm...*kaya sgat ke aku ni~
nak kata banyak anak..ooppss..*single lagi~..hmm
so mengharapkan ilmu yang sedikit ni lah yg boleh jadi 'penyelamat' aku 'nanti'..*biiznillah

mengharapkan bumi syam yang barokah ni.. aku nak try mula 'berdakwah' kat sini lah*blog..
insyaAllah..
moga Allah membantu aku..